Want your
own Fotopage?







 
amoi Creations & Collections

By: amoi creations

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Sep-2010 05:03 Email | Share | | Bookmark
MISS ME???

Assalamualaikum wbh...

Hehehe... tajuk tu buat org mual jer kan di bulan puasa ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Amoi dan Keluarga buat semua rakan2, shabat handai, peminat seni manik dan semua pengunjung Amoi Creations.

Amoi dengan ini menjemput semua untuk melawat Amoi Creations di fanpage Facebook amoi. http://www.facebook.com/pages/Seremban-Malaysia/Amoi-Creations-And-Collections/157790000898256

Amoi cuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap pertanyaan dengan ilmu amoi yg teramat sedikit ini. InsyaAllah.


Friday, 15-Jan-2010 03:48 Email | Share | | Bookmark
Busy Jahit Manik?

Salam rakan2....

Busy jahit manik? Anak2 sekolah? nak masak dan sediakan sarapan? Nak kemas rumah? Lipat baju? kadang2 24 jam yang Allah anugerahkan seolah2 tak cukup bagi kita kaum wanita. Tambahan pula bagi working mother, pas tu ada pulak hobi yang boleh menjana pendapatan keluarga, kadang2 tak sedar masa tuk diri sendiri pun tak ada.

Amoi dah melalui hidup sebagai suri rumah tangga sambil membuat kerja2 beading, menjual manik dan mengajar ni selama lebih kurang 3 tahun. Awalnya mmg rasa mcm tak cukup masa, tak cukup rehat, buat benda tak sempurna.

Tapi Alhamdulillah selepas meneliti jadual harian, pengalaman menguruskan rumahtangga, suami dan anak2 yang 3 orang tu ada sedikit panduan buat kawan2.

1. Memasak

Cabaran paling besar dalam kehidupan seseorang ibu adalah menyediakan juadah untuk keluarga, kan? . Biasanya faktor masa menjadi pengaruh. Tak sempat. Dlm proses memasak menyediakan bahan2 yang sebenarnya mengambil masa yang begitu lama, mengupas bawang, blend cili kering, menyiang ikan, membasuh ayam, memotong sayur, perah kelapa dan sebagainya. Bila time masak cepat jer.. campak2, didihkan, siap!

Jadi nak jimatkan masa, ambil 1 -2 jam hujung minggu, kupas bawang kecil, bawang putih dan bwang besar, terus simpan di dlm fridge. Masakkan cili kering, blend, sejukkan simpan di dlm bekas dan masukkn dlm fridge juga. Siang ikan cuci bersih2 dan simpan. Begitu juga ayam, potong ikut size yang sesuai cuci dan simpan, Udang dan sotong seelok2nya beli bila kita mahu memasaknya.

Bila kita nak masak, bahan2 tu tinggal dihiris or ditumbuk jer kan? sayur tu kejap jer nak potong.... hehehe... Masa masak tu, apa bnda kita guna cuci segera jgn longgokkan tu yag buat kita mls nak masak, mcm leceh nak buat keje2 mencuci.

2. Jadual/menu

Kadang2 pening nak fikir nak msk apa pagi ni, hari ni or mlm ni. Duduk, fikirkan makanan kegemaran suami dan anak2, senaraikan. Buatkan jadual, cnth bfast, Isnin - mee goreng, selasa sandwich, rabu nasi goreng, khamis french toast, jumaat cereal/roti bakar mcm tu. Lunch may b isnin ayam black pepper, selasa ikan sambal, rabu gulai udang, khamis ikan masak asam, jumaat tomyam campur.

Bila ada jadual/menu kita dah tahu bahan apa nak ada, kalo mee goreng, since bwang2 da siap kupas, cili kering pun dah blend, ayanm dah cuci, jadi tinggal ptong fish ball & fish cake. Pas tu sediakan mee kuning or bee hoon. Bangun pagi leburkan semua. dlm 1/2 jam da siap

Begitu jugak bila nak buat ikan sambal, cili dah blend, bwang dah kupas, apa lagi balik keje goreng je ikan tu... campak bawang, taruk cili, masuk garam masuk ikan. dah bole mkn. Sebelum tu masak arr nasi dulu... nnt mkn lauk jer plak hehehe

Dan dapatkan buku resipi kak Hanieliza baru RM5.50 sebuah tapi begitu berbaloi. Semua resipi menggunakan bahan2 yang ada di dapur kita. Cubalah!

2. Pakaian

Rasanya menyuci tak ada prob, yg malas nak lipat... kan? hehehe....beli ada raga 3 compartment kat Cosway harga ahli RM14.50 kalo tak salah. Bila angkat kain masukkan seluar,kain, skirt dlm 1 compt tu, baju, t.shirt dlm 1 compt lagi and all the inners tu dlm 1 compt lagi. Jd bila tak sempat lipat nak cari benda tak payah arr nak kumbah2. esp nak cari inners, undies sumer tu kan.

Dan bila dah segregate macam tu nak lipat pun syok jer sbb kalo baju...baju jer... kalo suar...suar jer.... try lah it works on me who knows works on you also.

3. Kemas rumah.

Bila anak2 ramai, kecik2 plak tu kdg2. Mmg biasa rumah bersepah. Rumah amoi dulu Titanic no 2. kadang nak duduk pun tak der ruang. Tak per itu cabaran kita sebagai ibu kan. Sebelum kita tido, anak2 sure dah tido dulu kan? Spend 10-15 minutes kemas kusyen2 sumer, jika ada toys beli raga yang senang nak angkat ke hulu ke hilir tu, campak jer dlm tu sumer, sbb esok dorang nak lambakkan lagi. Sapu rumah siap2 sebelum tido. Kat Cosway (ini bukan iklan Cosway ye) ada di jual mop guna tissu basah,ada 10 lai termasuk batang dia tu harga dlm RM14.90 ker macam tu. Guna tu tuk mop senang, tak yah air, wangi dan bersih, Dah mop campak. Dia leh guna depan belakang. Hehehe.

Da siap tu cuci arr muka apa yang patut, pakai toner, pelembap sumer, Mengucap baca Al Fatihah, tu tido... hehehe.

Nnt kalo ada tips2 lain amoi sharer kat sini ye

Bye for now!


Wednesday, 30-Dec-2009 09:27 Email | Share | | Bookmark
LYDIA - DEC 09

 
 
 
View all 5 photos...











Wednesday, 30-Dec-2009 09:06 Email | Share | | Bookmark
ZURA

 
 
 






Wednesday, 30-Dec-2009 08:45 Email | Share | | Bookmark
LAILA - TUDUNG

 
 
 
View all 4 photos...








[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net