amoi Creations & Collections

By: amoi creations

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 12-Dec-2008 10:42 Email | Share | | Bookmark
MASTURA GREEN

 
 
 
View all 4 photos...
Bila Kak Mastura ambil baju batik hari tu, beliau serahkan baju ini pulak pada amoi mintak tolong buat apa yg patut pada corak baju yg nampak kosong pada matanya. Kak Mastura nak urgent jd terpasksa korbankan raya Qorban hari tu untuk buat baju ni

Bahagian tgn org lain dah buatkan tuk Kak Mastura... masa tu tak jumpa amoi lagi katanya ...hehehehe...

Amoi hilite pada bunga... buatkan tangkai dan daun.... juga pepohon bunga kecil di bahagian bawah.










Quote:
sheema - TQ!... baju ni senang je ideanyer datang sekali percubaan jer

watieman - TQ taw....

aziela - dpt dah ye? Alhamdulillah....T.kasih ye dik

faeza - jahitan manik tabur mudah jika kita tau tekniknya. Jahitan yg cantik ialah taburan warna yg sekata dan corak jahitan. maksudnya jika satu manik tu dah serong yg lagi satu biarlah tegak, pas tu melintang. jd kene cekap berfikir bila buat patten manik tabur ni dik harap dpt membantu


Thursday, 11-Dec-2008 16:49 Email | Share | | Bookmark
Iklan

amoi Creations and Collections akan mengadakan Bengkel Jahitan Manik dan Labuci.

Tarikh : 14hb Disember 2008 (Ahad)

Tempat : Tmn Tuanku Jaafar, Seremban

Tarikh : 20hb Disember 2008 (Sabtu)

Tempat : Ketapang Villa,
Taman Nirwana Ampang

Tarikh : 21hb Disember 2008 (Ahad)

Tempat : Dewan Tadika Kemas,
Jln Gelama 17/24
Seksyen 17, Shah Alam

Tarikh : 27hb Disember 2008 (Sabtu)

Tempat : KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG Melaka

Masa : 10:00 a.m. - 2:00 p.m

Corak : 18 Jenis (Kelas Asas)

YURAN : RM130.00 SAHAJA

Bahan-bahan, Nota, Lunch dan Sijil disediakan.

SESUATU YANG PASTI AMOI MENJANJIKAN DUIT YG ANDA LABURKAN BERBALOI.

Berminat boleh hubungi amoi di

TEL - 012 337 6696/ 013 310 0636

E-mail : amoi_2505@yahoo.com

YM :amoi_2505

Terima Kasih.



Pesanan Penaja - Bagi semua sahabat yang ada meniggalkan komen tentang harga InsyaAllah amoi akan jawab secepat mungkin.

Bagi pesanan2 lain terima kasih amoi ucapkan sesungguhnya anda adalah inspirasi amoi. amoi akan balas secepat mungkin ye. dan jgn lupa singgah selalu.


Quote:
aziela - chart dah siap tapi tak pos semalam, anak kak amoi yg bongsu demam panas dlm kalut2 semalam terlupa chart adik. ni kak amoi pos ari ni taw.

Bengkel kat JB insyaAllah nak kena cari tempat dulu.

zuelisha - di melaka, sedang tunggu confirmation dari kolej komuniti bukit beruang

zuelisha - ok confirm kat sana... nak joinn tak?

eiza- adik leh sms kak amoi nama penuh detail kak amoi kasi kemudian. no kak amoi 012 337 6696 / 013 310 0636. t.kasih yea.


Saturday, 6-Dec-2008 06:41 Email | Share | | Bookmark
MASTURA BATIK

 
 
Baju Raya Aidil Adha tuk kak Mastura. Corak batik dah penuh dengan warna2 kontra iaitu kobinasi kuning, oren dan merah pada bunga2.

amoi cuma hilite bunga2 pada baju sebab kak mastura tak mahu gunakan labuci.
Pada tangan pula amoi guna semula kombinasi warna2 bunga dan daun pada corak baju agar nampak sedondon.

Pic penuh baju tak nampak sgt manik2nyer... camera cap ayam...huhuhuhuhu





Wednesday, 3-Dec-2008 17:41 Email | Share | | Bookmark
JUE

 
 
 
All the way from perlis hantar baju, terima kasih atas kepercayaan Jue pada kak amoi.









Quote:
aziela - baju ni pun lama gak nak pikir apa nak buat, kak amoi suka warnanya, mencabar minda hehehheheh


Wednesday, 3-Dec-2008 02:29 Email | Share | | Bookmark
AZMA - KEBAYA

 
 
Fabrik dari jenis chiffon tersangat sukar utk dihandle. Kena ada kesabaran dan ketelitian.
Corak tak boleh terlalu heavy kerana faktor kelembutan kain.






Quote:
mira - t.kasih sudi melawat. baju ni kan mmg tecik jer dik. rugi beli 4 mtr...hehehhehe
sengaja buat pattern simple sebab material ni lembut btl. tambahan pula warnanya yg samar

mira - jika pada kain biasa mungkin mengambil masa beberapa jap sahaja tetapi untuk fabrik begini kak amoi ambil masa lebih kurnag sehari jugaklah.

Untuk pattern cinta boleh tetapi may be boleh kurangkan qty stone yg digunakan atau ambil stone yg kecil sedikit sizenya kerana tidak mahu ada kerosakan pada fabrik akibat bebanan yg berat. TQ juga pada mira sebab sudi dtg umah kak amoi ni.


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net