amoi Creations & Collections

By: amoi creations

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 21-Jul-2009 03:56 Email | Share | | Bookmark

 
Salam Semua,

Sedih sgt rasa. pic jahitan manik dan gambar2 baby dah tak ada dlm memory card amoi...
amoi nak upload sekarang tengok2 dah tak ada.. yg ada pic lama2..

Anyway amoi nak umumkan promosi pembelian manik dan labuci telah pun bermula sila lawati www.amoicreations.com untuk maklumat lanjut

Dengan ini juga nak war2kan kepada kawan2 yang mahu membeli Jus Mate Diet 5 juga terdapat di kedai amoi. Penghantaran percuma


Jika sekadar ingin memcuba pembelian secara paket juga diadakan cuma RM10 sepeket [/b]



Thursday, 16-Jul-2009 03:43 Email | Share | | Bookmark
LAMA TAK JUMPA

Salam buat rakan-rakan.....

Lama betul kita tak jumpa kan? Maaf banyak2... lately ni amoi busy sgt2 dengan bengkel2 jahitan manik anjuran badan2 kerajaan. Jadi mmg tak ada masa nak mengupdate di sini.

Selain daripada itu amoi jugak menggalas tanggungjawab menjaga baby, anak adik amoi yang baru dilahirkan pada 30hb Jun yang lalu kerana ibunya kena chicken pox jadi doktor mengarahkan baby tu diasingkan dari ibunya sehingga ibunya sembuh. Jadi amoilah yang menjaga baby tersebut. Maka amoi jadi mcm ibu yang beranak kecil kembali... hehehe.

Telefon maxis amoi juga mengalami kerosakan sehingga semua msg2 dan telefon number yg tersimpan didlmnya tidak dpt diselamatkan.

Sebenarnya ada beberapa helai baju yang amoi sempat jahit tetapi tidak sempat langsung nak diambil gambarnya cuma sehelai jer amoi sempat rakamkan yang akan amoi updatekan kemudian.

Kepada pelanggan2 bahan2 jahitan manik amoi ada merangka satu promosi untuk barang2 tersebut sebagai motivasi agar lebih ramai mahu mencuba menjahit manik pada pakaian sendiri dan memberi peluang untuk rakan2 yang mengambil upah untuk mendapatkan harga yang lebih murah sempena musim perayaan ini.

Anda boleh lawat www.amoicreations.com untuk maklumat lanjut yea....

Semoga kita akan bertemu lagi nanti

Wasalam.....


Saturday, 30-May-2009 03:03 Email | Share | | Bookmark
TUDUNG - HIJAU

 
 
 
Mlm tadi waktu sedang buat PJJ tutorial tuk cust ada neighbour dtg mintak tlg hiaskan tudung dia.... nak pakai hari ni... Asalnya amoi nak tolak tapi memandangkan kakak ni jiran baik amoi jadi amoi ambil juga tanpa berjanji tuk buatkan... she said okay.

sebelum tidur mlm tadi amoi buat sikit dan bangun pagi ni terus capai... akhirnya siap gak walopun simple bangat....










BERSAMA-SAMA INI JUGA AMOI NAK MENGUMUMKAN TEMPAHAN UNTUK HARI RAYA TELAH PUN DITUTUP.....

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI FP AMOI


Wednesday, 27-May-2009 06:57 Email | Share | | Bookmark
ZITA

 
 
Semalam amoi siapkan baju ni, kak zita perlu nak pakai baju ni sabtu ni. Amoi gighkan juga tuk siapkan.

Rasanya tempahan raya dah kene tutup dah ni






Quote:
dana - mula2 dana buat bunga mcm biasa kan, pas tu matikan jahitan, keluarkan jarum bawah piring sequin tu tambah lagi kelopak menggunakan manik dna labuci kalau nak bunga besar buat 3 lapis lagi kalo nak sedang buat 2 lapis jer. tolak susunan manik dan labuci hingga hujung benang tegakkan sequin tu dan tanam kan jarum. Ulangi langkah tersebut mengelilingi bunga yang sedia ada tu dik


Tuesday, 26-May-2009 05:14 Email | Share | | Bookmark
MACAM-MACAM

 
 
Terima Kasih pada yang sahabat yang prihatin memaklumkan kepada amoi tentang penjenayah siber ni

Amoi bersengkang mata nak buat senang2 nak ambil pic and taruk kat web dorang.

Selama ni amoi mmg tak kisah nak tiru pattern ker, nak amik design ker tanpa bagi kredit atau kata2 terima kasih kerana kita kene redha lepas kita post di internet kita maksudnya meredhakan jika ada org nak tiru. Lagipun SHARING IS CARING.

Tapi rasanya tak salah kalo amoi nak melenting org gunakan gambar kepunyaan amoi tanpa meminta izin lepas tu sesedap rasa nak taruk harga kat sana bagi tujuan komersil macam tu.

ntah lah.............





[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net